Aku dan Raja Buah
Raja buah, semua orang sedia tahu bahawa raja buah itu adalah durian. Durian merupakan buah yang bermusim, dan sangat digemari oleh kebanyakkan orang asia. Begitu juga dengan suri, pengalaman berkenaan durian juga banyak yang suri ingati, dari kecil sampai dewasa. gambar sekadar hiasan Dulu-dulu masa suri kecik2 lagi, ayah suri suka sangat ambil buah durian di dalam kawasan kubur, pokok tu memang diwakafkan kepada penduduk, sesiapa nak makan boleh ambil... durian tu takkan dapat makan melainkan kutip pada waktu pagi sebelum subuh.. Jadi ayah suri kejutkkan suri dan 3 lagi abang suri untuk mengutip buah tersebut bersama dgn paksu suri jgak... masih ingat lagi waktu itu, pukul 4 pagi, berjalan dalam semak keliling kubur untuk mencari durian.. ayah pesan pandang bawah je jangan suluh atas.. masa kecik2 dulu memang jiwa berani, sedikit pun tak rasa takut.. Dapat lah merasa sedikit buah durian kampung.. Masa kecik dulu2 jgak pernah ayah suri bawak balik durian yang berbua kuat sa...