[Resipi] CupCake Coklat Kukus
Kisah kek cawan coklat, ma saya suka buat kek coklat kalau-kalau saya nak pergi mana-mana, kek tue untuk mengisi perut dalan perut semasa dlaan perjalanan. Bermacam-macam jenis bekas dan cup yang comel², kadang-kadang ma letak coklat chip, takpun color rice coklat... mengimbau kenangan tak salah sebab tak guna wang, kan...
Dan lagi kisah, lepas saya berhenti kerja kat selangor, ikut en suami balik tinggal di kampung halaman dia, walaupun sangat berat hati, saya terpaksa akur, itu takdir saya, saya mesti redha. Mak mertua cakap, buat kuih jualan boleh tambah pendapatan sikit2.. Jadi saya berfikir mung boleh belajar buat kek cawan coklat.
Bermula lah saya mencari resipi di Facebook, banyak sangat resipi, saya pilih 1 resipi dan mula membeli bahan-bahan membuat kek cawan coklat ni. Bermula lah saya membuat lel cawan mengikut resipi tu, wahhh... menjadi, senang sangat, rasa pun sedap... semua org suka... bopeh buat untuk jualan..
Mula² agak susah nak praktiskan, sebab terpaksa tengok resipi setiap kali ingin membeli bahan..
Setelah beberapa lama saya membuat kek cawa
n coklat, kat post nie saya share kan resipi yang saya buat, resipi confirm jadi dan semestinya sedap..
Bahan-Bahannya:
3 biji telur (size B) / 2 biji telur (size A)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
(Bahan dibawah diayak, boleh diayak bersama)
1 1/2 cawan tepung gandum (saya pakai cap bakery)
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil tepung penaik (baking powder)
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-caranya
1. Pukul telur sampai kembang.
2. Masukkan susu cair, susu pekat, gula dan minyak masak. pukul sehingga sebati.
3. Masukkan esen vanila, kemudian masukkan bahan2 yang telah diayak bersama tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati.
4. Selepas selesai bancuh, masukkan bancuhan dalam cup.
5. Kukus api sederhana selama 15minit.
Ulasan
Catat Ulasan